Muzik video Temberang

Muzik video untuk lagu ini mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Untuk ini, Ayda sanggup memberikan sepenuh tumpuan dengan mengambil bahagian dalam urusan penerbitan video muziknya. "Pada awalnya, kami merancang menjalani penggambaran klip video ini di Dubai tetapi atas sebab-sebab tertentu hasrat terbabit terpaksa dibatalkan. Jadi, saya hasilkan sebuah jalan cerita dan ia direalisasikan dengan sempurna oleh pengarahnya, Aaron Lee daripada Lenswork. Selepas selesai penggambaran, saya turut terbabit dalam proses suntingan bersama pihak Lenswork bagi mendapatkan hasil yang memuaskan,".[4]

Muzik video "Temberang" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Ayda pada 21 Disember 2018 jam 9 malam. Ia berjaya menduduki tangga pertama carta trending di YouTube Malaysia, sekaligus mendapat hampir 375,000 tontonan serta 18,000 tanda suka. Muzik video ini turut menampilkan dua pelakon, JC Chee dan Sean Lee[5][6] serta penampilan khas daripada Yang Bao Bei dan Ann Maziah.